Fllowers

Thursday, June 3, 2010

Lawak Mat Rempit

Kisah Mat Rempit I

Waktu tu aku bersekolah di tingkatan tiga. Selepas sekolah cepat-cepat aku balik ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi ke pekan. Waktu tu kalau boleh bawak motor dah kire grand la tu.

Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu ler awek-awek sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah. Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku - jejaka idaman mereka, ade motor le katakan.

Tapi pada hari tu kejadiaan yang sangat memalukan telah berlaku. Masa tu aku betul-betul sampai depan awek-awek tu. Aku boleh tak perasan ade lubang. Motor aku pun terlanggar lubang tu. Nasib baik tak jatuh.

Aku memang le tak jatuh, tapi ekzoz motor ayah aku tu terjatuh. Maka dengan itu bunyinye mengalahkan helikopter, satu Malaysia dengar, aku rase macam nak masuk lubang jamban je waktu tu.

Nak ditinggalkan ekzoz tu takut ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh nak cakap depan awek2 tu. Tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu.

Pas tu tolak le motor sampai rumah. Lepas tu tak mau ngorat lagi.





Kisah Mat Rempit II

Aku menumpang member naik motor pergi town. Sampai kat traffic light dia pun berhenti. Ketika tu, aku pun teringat pulak nak hisap rokok.

Aku pun turunkan kedua-dua kaki dan berdiri sikit selok poket nak ambil lighter dalam poket seluar. Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau!

Kawan aku pula terus je jalan, meninggalkan aku berdiri sambil berjingkit nak ambil lighter di trafic light tu.

Siol aje. Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkangkang sorang-sorang di lampu isyarat - macam ape entah. Gelak pulak tu dia orang!!!




Kisah Mat Rempit III

Sewaktu tu aku berada di Jelutong, Penang. Jalan kat situ kan penuh sesak selalu. Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kapcai Honda 70.

Kawan aku tu kaki cilok jugak, selit sana selit sini, aku duduk belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat dia mencelah antara dua kereta. Motor lepas, dia lepas, tapi dua-dua lutut aku tak lepas.

"Gedebuk!!" Aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang. Semua orang tengok aku. "Cinabeng", macam sami budha duduk sorang-sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan.

Menyedari keadaan tu, kawan aku berpatah balik sambil gelak bagai nak giler. Malunya aku!!!





No comments: