Fllowers

Thursday, July 23, 2009

Kristal tak kisah gelaran artis funfair

Sedar tak sedar hampir 13 tahun kumpulan ini berkecimpung dalam arena muzik tanah air. Kiranya zaman remaja mereka dihabiskan memperjuangkan muzik rock.
"Walau dikenali sebagai band funfair, itu tak menjadi masalah kerana pendapatan kami berpunca dari situ. Kami bermula di situ jadi kenapa perlu lupa daratan. Lagi pun itu adalah satu cara untuk mempromosi album terbaru Kristal.

"Ramai peminat mengenali kami dari situ dan secara tak langsung hubungan antara artis dan peminat akan menjadi lebih rapat," kata vokalisnya, Razlan.

Kemunculan band indie yang semakin mendapat perhatian di kalangan peminat tidak sedikitpun mematahkan semangat Kristal untuk berkarya.



Walaupun terpaksa bersaing hebat dengan kemunculan band indie, namun Kristal masih mengekalkan konsep rock dalam album terbaru mereka. Kumpulan ini yakin mereka mempunyai pengikut tersendiri berdasarkan sokongan padu peminat yang tak pernah putus.

"Muzik Rock tak akan lapuk walau untuk 10 tahun akan datang," sambung Razlan yang yakin muzik rock tidak akan basi.

Kahwinkan Bollywood dan rock

Kristal baru melancarkan album terbaru berjudul Bollyrock di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini. Kali ini mereka mengangkat lagu-lagu saduran dan berirama Bollywood yang dipersembahkan dalam konsep rock.

Kristal pernah muncul dengan enam buah album sebelum ini dan Bollyrock menampilkan keunikan tersendiri apabila cuba tampil dengan irama Bollywood dalam versi rock. Lagu Tiada Berita kerap diputarkan radio tempatan antara lagu yang dijangka menjadi hits.



Peminat kini boleh mendengar irama Bollywood klasik yang pernah popular suatu ketika dulu ditranformasi kepada muzik rock. Mereka optimis album ini akan mendapat sambutan hangat di kalangan penggemar lagu-lagu Melayu ala Hindustan hasil daripada jualan album memberangsang Kristal yang lepas seperti Rock Yeh Yeh 60-an dan Rockafella.



Kumpulan Kristal sinonim dengan gelaran band funfair kerana kekerapan mereka membuat persembahan di tapak ekspo seluruh negara. Namun itu bukan satu masalah besar kerana mereka tetap bertahan dan utuh di kalangan peminat muzik rock.

1 comment:

Murni aimi marlina said...

kristal...
walaupon korang dah sombonk ngan aku..
aku still sokong korang.....
sob..sob....